Assalamualaikum


Dashing 2 In 1 Face And Body Wash: Pembersih Wajah Dan Badan Lelaki Maskulin | Bila tengok produk-produk lelaki, terus seperti terdengar-dengar je lagu allahyarham P.Ramlee bertajuk Beginilah Nasib 😭😭😭 Apakah ini tanda-tanda aku perlu cari jodoh secepat mungkin?  😂

Beginilah nasib diriku yang malang, Oh Tuhan
Tak boleh bersenang lenang
Berehat sekejap produk Dashing sudah sampai
Tiada suami lagi, abang dan ayah yang kebas ♫♬

Jenama Dashing semestinya sudah tidak asing lagi bagi lelaki maskulin. Dashing adalah salah satu jenama yang melambangkan maskulin dan keyakinan lelaki. Yang teguh berdiri lebih daripada 20 tahun, ia telah sebati dengan jiwa lelaki di Malaysia. Selain itu, jenama ini cukup sinonim dengan sangat berkualiti dan wangian yang tahan lama, ia mampu mencorakkan lelaki di zaman moden ini untuk lebih berkeyakinan dengan harga yang berpatutan.

Dashing juga memahami kaum lelaki serta menarik perhatian mereka dengan gaya yang kontemporari, gempak, bertenaga dan berkeyakinan. Produk ini juga mempunyai daya tarikan tersendiri dan meningkatkan personaliti pengguna sendiri.



Lelaki di zaman moden ini amat mementingkan penjagaan dan penampilan diri. Sebelum menghadapi hari-hari yang mencabar, membersihkan wajah dan badan dapat memberikan kesegaran dan bersih sepanjang hari. Selain itu, membersihkan wajah dan badan selepas penat seharian dapat menyingkirkan segala kotoran pada wajah serta minyak akibat habuk, kelembapan dan pencemaran.


Kini, Dashing telah memperkenalkan satu lagi produk terbaru dan aku pasti, produk ini mempunyai tarikan terbaru. Dashing 2 in 1 Face And Body Wash yang telah dirumus dengan formulasi dua aksi efektif untuk memberikan anda kulit segar dan sihat sepanjang hari. Pembersih wajah dan badan ini diperkenalkan dengan pek pam bersaiz 700ml.

Dashing 2 in 1 Face And Body Wash mempunyai 4 variasi; Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick. Diformulasi dengan pewangi Dashing eau de toilette (EDT), ia memberikan kesegaran serta haruman maskulin kekal lama untuk lelaki.


COOL - Khas untuk jejaka kontemporari yang berpesonaliti relak, gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan serta menghadapi kehidupan dengan tenang. Haruman penuh maskulin ini melambangkan identiti dan daya tarikan maskulin lelaki. Haruman maskulin ini dilengkapi dengan gabungan wangian Bergamot dan Galbanum dengan campuran Powdery Amber dan Musk sebagai nota asas. Haruman ini direka untuk menyerlahkan personaliti lelaki yang cool dan maskulin.


ACTIVE - Pelengkap si jejaka yang bergaya lasak  dan  menikmati kehidupan aktif. Haruman ini adalah gabungan nuansa Fougére dengan Citrus, Lavender, Muguet Heart dan Amber. Wangian ini dicipta untuk memastikan setiap lelaki tampil yakin dan berdaya aktif dengan aroma maskulin yang luar biasa.


ULTIMATE KICK - Wangian sebenar seorang juara. Ultimate Kick menyerlahkan ciri-ciri lelaki sofistikated dalam setiap aspek kehidupan modennya. Ultimate Kick mempunyai haruman yang menggabungkan ramuan Lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran Cardamom serta disulami nota asas aroma Vanilla dan Musk.


HATTRICK - Simbol kemenangan unggul buat setiap lelaki DASHING, aroma misteri Hattrick membara  semangat dan keghairahan untuk mencapai  impian. Hattrick merupakan gabungan unik kesegaran Epal dan Citrus, berserta  dengan haruman Amber.

 
Harga Dashing 2 In 1 Face And Body Wash?
Bagi sesiapa yang ingin memiliki Dashing 2 In 1 Face And Body Wash, boleh miliki dengan harga hanya RM17.90 yang bersaiz 700ml. Boleh terus layari http://www.dashing.com.my/ untuk maklumat lebih lanjut.