Assalamualaikum

Fernleaf UHT Terbaik Dari Ladang #100Mmmmm | Pelbagai kajian pengguna yang dijalankan menunjukkan bahawa ramai ibu bapa masih tidak menyedari tentang khasiat susu. Selain kandungan kalsium dan protein yang baik untuk tulang dan tumbesaran, ramai ibu bapa tidak sedar tentang zat lain yang terkandung dalam susu serta faedahnya kepada kanak-kanak.


Sekarang aku nak memperkenalkan Fernleaf UHT yang memang #100Mmmm. Susu Fernleaf ini 100% dari New Zealand dan kesegaran susu ini terjamin. Tahu tak? Lembu tenusu ini bebas meragut rumput yang subur dan segar. Padang rumput menghijau yang luas terbentang itu bagaikan satu tarikan memukau buat sesiapa saja yang mahu menghayati keindahannya. Buat manusia, kehijauan sebegitu me­nyajikan kepuasan menatap pemandangan yang tampak indah dan menenangkan, manakala bagi si lembu, itulah nikmat mengisi perut masing-masing dengan rumput yang tumbuh dengan kualiti tinggi.

Dengan itu, lembu tenusu ini dibiarkan bebas menghabiskan masa 90% sehari untuk meragut rumput dengan cuaca yang elok; cerah dan secara tak langsung, dapat menyerap kandungan Vitamin D yang sihat. Dan semestinya lembu tenusu ini dapat menghasilkan susu lebih berkualiti.


Di New Zealand, lembu tenusu ini dijaga dengan baik oleh pakar tenusu yang mahir dan mempunyai pengalaman lebih daripada 140 tahun dalam bidang perladangan tenusu. Oleh sebab itu New Zealand sangat dikenali sebagai peneraju dunia dalam industri tenusu. Peladangan di sana sangat komited dengan kerja mereka dan memberikan hasil yang berkualiti tinggi pada setiap peringkat pengeluaran susu. Bermula dari pemakanan lembu tenusu sehingga susu yang dihasilkan oleh lembu tenusu itu kepada pengguna.


Fernleaf UHT ini di datangkan dengan tiga variasi yang begitu menarik; Full Cream, Low Fat dan Chocolate. So yummy! Ia juga boleh didapati dalam pek 1 liter dan 200ml. Korang nak rasa juga? Boleh dapatkan di pasaraya berdekatan.

Jom kita sama-sama #100Mmmmm dengan Fernleaf UHT Malaysia.