Assalamualaikum


Resepi Kupang Masak Pedas | Bila kelaparan melanda, terus berangan nak makan itu, nak makan ini. Macam-macam makanan yang aku terbayang.. tapi teringat kupang masak pedas yang aku pernah makan, terus rasa nak masak kupang. Haa apa lagi? Terus start enjin kereta, pergi beli bahan-bahan.


Bahan-bahan

1. 1 kg kupang *bersih dan toskan
2. 2 biji bawang besar *kisar
3. 3 biji bawang merah *kisar
4. 5 ulas bawang putih *kisar
5. 20 tangkai cili kering *kisar
6. Air asam jawa
7. 2 sudu sos tiram
8. 1 batang serai *diketuk
9. 1 biji bawang besar *dipotong bulat

Cara-cara

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak
2. Masukkan serai yang diketuk
3. Masukkan sos tiram
4. Masukkan kupang dan gaul dengan bahan tumisan
5. Masukkan air asam jawa dan gaul biar sebati
6. Tutup kuali 5 minit supaya kupang masak
7. Perasakan dengan garam dan gula
8. Tabur bawang besar yang dipotong bulat dan siap!
Assalamualaikum


Resepi Sayur Campur Masak Sos Tiram | Bila dah siap masak udang masak lemak cili api nie, haruslah kena makan dengan sayur supaya lengkap piramid makanan kita. Haa gitu! Aku pun apa lagi, masak je sayur versi campak nie. Mudah sangat weyy! Sedap pun sedap.


Bahan-bahan

1. Bunga kobis
2. Brokoli
3. Lobak merah
4. Cendawan tiram
5. 1 biji bawang merah *potong
6. 2 ulas bawang putih *potong
7. 2 biji cili api *potong
8. 3 sudu sos tiram
9. 1 sudu kicap manis
10. 1 sudu lada sulah *optional
11. Sedikit air

Cara-cara

1. Panaskan kuali dan tumis bahan-bahan yang dipotong sehingga naik bau
2. Masukkan bunga kobis, brokoli dan lobak merah. Gaul sehingga rata
3. Masukkan air, sos tiram dan kicap manis
4. Masukkan lada sulah dan gaul rata
5. Perasakan dengan bahan perasa
6. Gaul sehingga rata dan siap!
Assalamualaikum


Resepi Udang Masak Lemak Cili Api Mudah | Bila lapar, mula laa teringin nak makan macam-macam tapi malas nak masak. Ada yang perangai macam aku nie? Yang jadi masalah bila aku nie tak pandai sangat memasak. Tetapi yang penting, aku suka mencuba. Jadi, aku terus ke Tunas Manja untuk beli bahan-bahan dan jom masak!


Bahan-bahan

1. 10-20 ekor udang galah/udang harimau
2. 3cm kunyit hidup *kisar/tumbuk
3. 1 kotak santan
4. 15-20 batang cili padi *kisar/tumbuk
5. 1 biji bawang merah kecil *kisar/tumbuk
6. 2 helai daun kunyit diracik halus
7. 1 cawan air
8. 2 batang serai dititik

Cara-cara

1. Panaskan kuali dan masukkan bahan yang dikisar dan masukkan air sedikit demi sedikit
2. Masukkan daun kunyit, serai dan biarkan seketika
3. Masukkan udang dan biar bertukar warna menjadi merah.
4. Pastikan api sentiasa kecil
5. Masukkan santan dan sentiasa kacau supaya tak pecah minyak.
6. Perasakan dengan garam dan gula
7. Sedia untuk dihidangkan. Siap!